Tuesday, July 20, 2010

Contoh Soalan & Skema Jawapan

4. Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan.

Pendahuluan :

Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna.

Isi :

A) Kepentingan Biodiversiti :

1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang.
Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.
Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di Institusi Pengajian Tinggi.

2. Membekalkan makanan.

Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan.
Rantaian makanan akan terpelihara.

3. Sebagai sumber perubatan.

Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.
Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.
Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.

4. Mengekalkan habitat.

Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.
Tempat perlindungan hidupan liar.
Tempat pembiakan semulajadi.

5. Sebagai penstabil cuaca.

Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.
Menstabilkan kitaran hidrologi.
Memberikan keseimbangan suhu.
Mengurangkan kesan rumah hijau.
B) Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :

7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi.

Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti.
Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu.
Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.

8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit.
Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala sisanya pula diproses menjadi kertas.

9. Pembangunan lestari.

Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam).
Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS)

10. Pendidikan sains dan biologi

Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti.
Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).

11. Program kitar semula.

Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam.
Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca.
Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.

12. Penggunaan teknologi mesra alam.

Menggunakan teknologi mesra alam.
Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan biogas kelapa sawit.
Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air atau sisa kumbahan.

Penutup :

Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Nota : Pendekatan Menjawab = 2 + 2

Wednesday, July 14, 2010

Analisis Soalan Esei Bahagian B: Laras sains

Tahun 2005
1. Langkah mengawal jangkitan pelbagai penyakit kanak-kanak.
2. Masalah kekurangan bekalan air bersih kepada manusia dan alam sekitar.

Tahun 2006
1. Merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah alam sekitar.
2. Mengatasi masalah jenayah dengan aplikasi ilmu sains.

Tahun 2007
1. Persepsi terhadap Nuklear.
2. Kebaikan dan keburukan Tanaman Ubah suai genetik.

Tahun 2008
1. Kepentingan kawasan tanah bencah kepada alam sekitar.
2. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara.

Tahun 2009
1. Kesan buruk penggunaan bahan kimia dalam makanan.
2. Kepentingan kawasan hutan tanah tinggi dan impak yang wujud akibat penerokaannya.

Monday, July 12, 2010

Maksud Karangan

Karangan merupakan satu bentuk penulisan yang terangkum di dalamnya idea-idea tentang sesuatu perkara yang telah ditentukan tajuknya. Idea-idea yang disampaikan perlu dijalin dengan kemas dan padu menggunakan ayat-ayat yang memperlihatkan kesinambungan dan saling melengkapi antara satu sama lain.